Mak,
Walaupun chek bukan datang dari perut mak, tapi mak yang membesarkan chek sejak chek berumur 6 bulan lagi. Kasih sayang mak tidak berbelah bagi. Mak pergi tiada pengganti. Hanya wajah-wajah ceria mak dalam album perkahwinan chek menggambarkan betapa mak sangat berpuas hati. Mak pergi dengan tenang seperti kehendak mak. " Selepas Hana kahwin, mak boleh pergi dengan aman dengan mata tertutup rapat". Itu kata-kata mak kepada kakak beberapa hari selepas perkahwinan chek. Dan doa mak termakbul bila selepas 18 hari perkahwinan chek, mak pergi buat selamanya.
Mak pergi begitu senang. wajah mak manis tersenyum tanpa melihatkan sebarang kesengsaraan.
Kemalangan 20 Jun 2007 jam 8.05am di km 91.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Sg. Petani telah membawa mak pergi jauh dari kami untuk selamanya. .....
Al Fatihah untuk Mak tersayang..
NAIMAH HARUN
20 Jan 1946 - 20 Jun 2007
Most recent comments... (In posting order)
Salam takziah, baru dengar berita dari S.I. Al-fatihah...
Btw, selamat pengantin baru untuk kau & hubby...